Isnin, 15 Disember 2008

Salam Aidil Adha

Aidil adha kali ini ku sambut tanpa mak dan ayah tercinta, namun aku bersyukur kerana mereka hanya pergi untuk sementara dan bukan untuk selamanya. Mak dan ayah aku sebenarnya berada di MIRI jaga kakak aku yang baru melahirkan anak kedua mereka.Alhamdulillah Tuhan mengurniakan rezeki lagi selepas kehilangan puteri tersayang yang pernah aku tulis sebelum ini. Kali ini mereka dikurniakan seorang putera, sewaktu Takbir bergema. Allah..hu Akbar.Allah...hu Akbar. MUHAMMAD ADHA...

Tiada ulasan: