Isnin, 29 Disember 2008

HIJraH

Selamat tahun baru kepada seluruh Umat Islam. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Ya Allah! sempena awal MUHARAM yang penuh barakah ini muliakan & sayangi saudara2 seIslamku yang membaca blog ini. Rahmatilah serta sihat kan tubuh badan dan berkatilah hidup saudara2ku. Kau pertemukanlah mereka dengan HPA dan kau bukakanlah pintu hati mereka untuk mengenali,mendekati dan mengamalkan produk2 yang dihasilkan oleh tangan2 Umat Islam sendiri.Amin...

Rabu, 17 Disember 2008

Hanya Pada Allah


Ayuh Umat Islam...
Bangkitlah dari lena yang panjang...
Marilah kita sama-sama berjuang...
Kembalikan sinar ISLAM...

Isnin, 15 Disember 2008

Salam Aidil Adha

Aidil adha kali ini ku sambut tanpa mak dan ayah tercinta, namun aku bersyukur kerana mereka hanya pergi untuk sementara dan bukan untuk selamanya. Mak dan ayah aku sebenarnya berada di MIRI jaga kakak aku yang baru melahirkan anak kedua mereka.Alhamdulillah Tuhan mengurniakan rezeki lagi selepas kehilangan puteri tersayang yang pernah aku tulis sebelum ini. Kali ini mereka dikurniakan seorang putera, sewaktu Takbir bergema. Allah..hu Akbar.Allah...hu Akbar. MUHAMMAD ADHA...