Isnin, 24 November 2008

Kasih Ibu Membawa ke Syurga

Ibuku
Ibu Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku: Sedih Gembira Gelisah Naluri ibumu Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedihKaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis Perasaan yang melunturkan Semangatku
Ketika aku gembira Engkau juga turut berkongsi Kegembiraan yang menyinari saat Aku hidup di muka bumi ini Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan Perjalanan hidupku
Ibu Selagi hayat dikandung badan Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku Untuk menyayangi Insan yang mulia ini

IBU,IBU..KAULAH RATU HATIKU

Tiada ulasan: